Peace be upon you...
A story I wrote along the path I went in this life.

This life is short. At the end of the day, I'll be asked about all the things I've done.

Everything is subject for the day of judgement.
A story for another day...
Kita sedang belayar di satu lautan yang luasnya sehingga naik pening mata memandang. Dipandang ke bawah tak nampak dasarnya. Dijenguk ke atas tak nampak puncaknya. Namun yang pasti nakhoda kapal ini orang yang pengalamannya puluhan tahun menunjuk arah. Tujuannya jelas, arahnya tepat, tidak berganjak walau sedikit pun. Manakan tidak, buku log navigasi bukan sekadar di selit di pinggang tetapi lengkap tersemat di dalam hati.
Sudah dinamakan manusia, rambut tak sama hitam, masakan hati sama ”pink”. Semua punya pikiran sendiri, matlamat sendiri, targetnya, misi dan visinya secara totalnya berbeza. Ada yang tidak sabar, terjun ke dalam lautan tidak berpangkal yang disangkanya lubuk si ikan duyung. Ada pula berbondong-bondong berpindah dari bahtera ke kapal mewah, lebih rela bersenang dari bersusah mengembara. Ada juga yang tidak endah, mereka ingin sahaja dibiarkan bertenggek di atas gunung, dirasakan lebih selamat untuk tidak sama naik ke dalam bahtera. Itulah dia manusia.
Itu manusia di luar bahtera. Di dalam bahtera juga beraneka ragamnya. Ada yang menumpang tanpa tujuan, bertindak tanpa arahan, melalut tanpa segan. Ada pula kumpulan manusia bertegang leher berebut tanah, ‘Ini tanah aku’,’ Ini tanah atuk aku’, bertengkar tanpa sedar mereka di atas bahtera bukan lagi berpijak tanah. Syukur juga, ada yang benar-benar jelas mindanya, cekal hatinya, teguh iman di dadanya yang dapat memberi sinar kepada bahtera menuju destinasinya. Perlu diingat, ombak yang bakal ditempuh penuh dengan batu-batu rakus merobek bahtera, angin kasar yang bakal mengoyakkan layar. Usah lagi bertengkar yang pasti tak sudah, usah lagi tercongok tanpa tujuan, mari sama-sama kita memperkuatkan bahtera menuju destinasi yang pasti. Tidak usah dirisaukan saiz bahtera ini. Ianya cukup sempurna, panjangnya meliputi semua zaman, lebarnya mengatur segenap aspek hidup manusia dan dalamnya merangkumi setiap persoalan dunia dan akhirat.

d4uhPanggilku manusia, Gelarku hamba, Citaku syurga
http://www.d4uh.blogspot.com/


Sumber:
http://dakwat.org/


15 notes
  1. ismaizzah reblogged this from nabilali
  2. hydrogenbromide reblogged this from nuramirahshaharom
  3. nuramirahshaharom reblogged this from nabilali
  4. naleulayanae reblogged this from nabilali
  5. bismikanahya reblogged this from nabilali
  6. iolveu reblogged this from nabilali
  7. nabilali posted this
Comments
blog comments powered by Disqus
Free website - Powered By Wix.com
widgets